Site icon TechNave BM

Pakistan haramkan TikTok atas kandungan tidak bermoral dan tidak senonoh

Kerajaan Pakistan telah mengharamkan media sosial TikTok atas sebab kandungan video dalam aplikasi itu yang tidak bermoral dan tidak senonoh. Ini adalah kekangan terbaru terhadap TikTok berikutan kemelut kontroversinya dengan beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan India.

Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengatakan arahan itu dikeluarkan berikutan pelbagai aduan daripada pelbagai lapisan masyarakat berikutan kandungan tidak bermoral dalam perkhidmatan itu. PTA mengatakan TikTok perlu mengatur kandungannya agar tidak terkeluar daripada garis panduan negara tersebut.

TikTok merupakan aplikasi ketiga tertinggi yang dimuat turun oleh rakyat Pakistan sepanjang 12 bulan lalu, selepas WhatsApp dan Facebook. Sebelum ini TikTok telah pun mendapat amaran terakhir pada bulan Julai, selepas presidennya Imran Khan mengarahkan pihak berkuasa untuk menghalang kandungan tidak bermoral dalam aplikasi itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version