Site icon TechNave BM

Palworld dimainkan 2 juta pengguna serentak, pecahkan rekod Steam

Permainan Palworld yang dibangunkan oleh PocketPair merupakan parodi kepada Pokemon tetapi dalam versi memegang senjata. Buat masa ini, anda boleh mendapatkan permainan itu sekarang daripada Steam pada harga RM64.80 sahaja.

Permainan ini telah melepasi 730,000 pemain serentak di Steam menjadikannya permainan ke-10 paling kerap dimainkan dalam sejarah Steam. Pada kemuncaknya, ia mencapai 855,425 pemain dan kini bilangannya mencecah 2 juta pengguna.

Bukan hanya popular di Steam, Palworld juga merupakan permainan kedua paling banyak ditonton di Twitch dan menjadi topik hangat di media sosial. Daya tarikan Palworld terletak pada reka bentuknya yang mudah diakses tetapi kreatif.

Ia memperkenalkan kelainan luar biasa kepada genre pengumpulan raksasa, menggunakan makhluk seperti Pokémon untuk tugas seperti membina ladang dan mempertahankan penempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Windows Central

Exit mobile version