Site icon TechNave BM

Pameran fotografi HONOR sempena Visit Malaysia 2026 tonjol keupayaan Magic8 Pro

HONOR menganjurkan pameran fotografi telefon pintar di Fahrenheit88, Bukit Bintang sempena Visit Malaysia 2026 Arts and Culture Showcase yang berlangsung dari 27 hingga 31 Disember ini. Pameran tersebut mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia melalui koleksi imej merangkumi warisan negara, makanan tempatan, mercu tanda ikonik dan hidupan liar asli.

Semua karya dipamerkan dirakam sepenuhnya menggunakan HONOR Magic8 Pro untuk menonjolkan keupayaan sistem kamera utama peranti itu yang dilengkapi kamera 200MP Ultra Night Telephoto dan sokongan kecerdasan buatan generasi baharu bagi menghasilkan imej yang jelas, stabil serta terperinci termasuk dalam situasi cahaya malap.

Pengunjung turut berpeluang menyertai pengalaman fotografi interaktif dengan mengenakan pakaian tradisional Melayu, Cina, Nyonya dan India sebelum merakam gambar menggunakan HONOR Magic8 Pro bagi mencuba keupayaan mod potret dan prestasi kameranya secara langsung.

Pameran ini akan berakhir pada 31 Disember 2025 dan disusuli dengan sambutan Visit Malaysia 2026 New Year’s Eve Festival di luar Pavilion Kuala Lumpur yang berlangsung dari jam 7.00 malam hingga 12.30 tengah malam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk hadir dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version