Site icon TechNave BM

Pameran “gaming” digital Steam Next Fest akan dianjur bermula 1 Oktober 2021

Jika anda merupakan seorang penggiat PC gaming, anda pasti akan berminat dengan acara pameran gaming Steam Next Fest yang bakal dianjur oleh Valve pada 1-7 Oktober 2021. Anda boleh menyertai acara tersebut melalui perisian Steam dalam PC atau Mac.

Dalam acara tersebut, peserta boleh memainkan demo awal, menonton treler baru serta melihat pelancaran daripada syarikat pembina game. Antara game yang akan dipersembahkan adalah Airhead, Unexplored 2: The Wayfarer’s Legacy, ANNO:Mutationem, Starship Troopers— Terran Command dan banyak lagi.

Sebelum ini, acara tersebut pernah dianjurkan sebagai Steam Games Festival namun namanya ditukar kepada Steam Next Fest sejak Jun lalu. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton pameran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Steam

Exit mobile version