Site icon TechNave BM

Pameran Xiaomi Mi 10T Malaysia dibawa ke dalam talian berikutan peningkatan kes COVID-19

Telefon pintar Xiaomi Mi 10T telah pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 6 Oktober lalu dan sebuah jerayawara (roadshow) di seluruh negara sepatutnya telah dijadualkan bermula esok sehingga 11 Oktober. Namun berikutan peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan, Xiaomi Malaysia memutuskan untuk menganjurkan jerayawara tersebut secara dalam talian sahaja.

Bermula esok sehingga 11 Oktober, semua jualan dan promosi khas sempena jerayawara tersebut akan dilaksanakan dalam laman rasmi Xiaomi Malaysia di Lazada serta lain-lain gedung dalam talian yang turut menyertainya. Selain itu, beberapa perubahan terhadap promosi dan tawaran istimewa juga akan dilaksanakan.

Sementara itu, ruang pameran Xiaomi di Sunway Pyramid masih dibuka untuk orang awam di mana langkah-langkah pencegahan serta prosedur operasi piawai (SOP) akan dilaksanakan secara tegas. Untuk maklumat lanjut tentang siri Mi 10T, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Mi 10T esok dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version