Site icon TechNave BM

Panasonic lancarkan tablet tahan lasak, Toughbook A3 dengan 2 bateri berharga ~RM6280

Untuk rakyat Malaysia, Panasonic merupakan jenama yang sinonim dnegan barangan elektrik sahaja. Berbeza dengan negara di luar, Panasonic ada memasarkan peranti pintar tertentu. Panasonic kini melancarkan tablet Toughbook A3 di pasaran UK.

Panasonic Toughbook A3 ialah sebuah tablet tahan lasak terkini dalam keluarga tablet Panasonic. Memandangkan ianya tablet tahan lasak, peranti dilengkapi badan bergred Military Grade Standard dan rating IP65. Lebih menarik, terdapat dua bateri yang turut serta dalam sebuah tablet ini; satu bateri berkapasiti 3200mAh.

Paparan LCD 10.1 inci beresolusi 1920 x 1200 piksel
Badan tahan lasak

Toughbook A3 hadir dengan cipset Snapdragon 660 dengan RAM 4GB dan storan 64GB yang boleh ditambah melalui slot mikroSD. Walaupun cuma dioperasikan Android 9, mungkin tablet ini sesuai dengan pekerja seperti tapak binaan atau persekitaran yang lasak.

Tablet tahan lasak Panasonic dijual pada harga £1,182 (~RM6,280) di UK; mula dijual pada Ogos ini. Sepertinya, kita dapat mengagak kenapa Panasonic tidak melancarkan tablet ini di pasaran Malaysia, mungkin kerana terdapat persaingan tablet dengan harga lebih berpatutan.

Setakat ini, tablet ini hanya dipasarkan di pasaran UK dan Australia sahaja (setakat yang kami temui di internet). Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version