Site icon TechNave BM

Pandangan pertama Samsung Galaxy S24 Ultra, macam tiada perubahan…

Siri Samsung Galaxy S23 telah dilancarkan pada Februari tahun ini dan kini, Samsung dilaporkan sedang mengusahakan penggantinya dengan siri Galaxy S24 yang dijangka dilancarkan pada awal tahun depan. Siri Galaxy S24 mungkin termasuk Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra.

Kini, sumber telah mendedahkan paparan CAD dan butiran Galaxy S24 Ultra yang seakan hampir sama seperti Galaxy S23 Ultra. Dalam imej janaan Galaxy S24 Ultra, ia menunjukkan empat kamera dengan berbilang sensor serta Pen Stylus. Laporan sebelum ini telah menunjukkan bahawa telefon pintar itu akan menggunakan paparan 6.8 inci.

https://bm.technave.com/7fe87378-f4bc-44f0-bc8b-dd1f5090963c

Galaxy S23 Ultra juga dijangka dilengkapi bezel paling nipis jika dibandingkan dengan telefon pintar yang lain. Ia dikatakan menampilkan paparan resolusi WQHD+.Dimensi ukuran badannya dilaporkan adalah sekitar 162.3 x 79 x 8.7mm manakala ia mungkin mempunyai berat kira-kira 23g.

Sama seperti siri Apple iPhone 15 Pro, Galaxy S24 Ultra juga dikatakan memiliki binaan titanium untuk lebih ringan dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3. Spesifikasi lain yang mungkin digunakan adalah baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W, kamera belakang utama 200MP dan kamera swafoto 12MP.

Perlu diingatkan bahawa Samsung masih belum mengumumkan secara rasmi tentang siri Galaxy S24 yang akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Smartprix

Exit mobile version