Site icon TechNave BM

Pandemik COVID-19 mungkin melahirkan lebih ramai gamer – 20 juta pengguna serentak Steam

Menjarakkan diri dan mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat awam adalah langkah yang disarankan oleh World Health Organization (WHO). Langkah ini merupakan langkah pencegahan daripada penularan COVID-19. Oleh itu, netizen telah mula melakukan aktiviti dalam talian, salah satunya – game dalam talian!

Steam merupakan platform game dalam talian yang terkenal dan permainannya sentiasa meniti di bibir gamer sekalian alam. SteamDB melaporkan jumlah pengguna serentak memecahkan rekod seramai 20 juta (20,313,451 juta dengan jumlah netizen in-game seramai 6.2 juta).

Untuk pengetahuan anda, Counter Strike: Global Offensive menduduki kedudukan tertinggi dalam carta Steam, diselangi dengan Call of Duty: Warzone yang baru sahaja dikhabarkan. Oleh kerana cuti sekolah telah bermula, mungkin lebih ramai netizen akan mula bermain game? Apa pun, anda diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah pencegahan COVID-19 dengan mengamalkan amalan menjaga kebersihan.

Adakah anda salah seorang penstrim di Steam? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: PC Gamer

Exit mobile version