Site icon TechNave BM

Panggilan video sehingga 50 orang guna Messenger Rooms melalui Instagram, ini caranya

Terdahulu, fungsi Messenger Rooms relah boleh digunakan melalui aplikasi Facebook Messenger. Terkini, Facebook menambah lagi fungsi ini melalui Instagram. Ini bermakna anda boleh membuat panggilan video berkumpulan sehingga 50 orang melalui Instagram!

Perkara pertama yang perlu diingatkan adalah anda perlu memiliki Instagram dengan kemas kini terkini. Jika anda belum mengemaskini, pastikan anda kemas kini terlebih dahulu. Mudah sahaja, fungsi Messenger Rooms ini terdapat pada ikon jet kertas (seperti anda ingin DM seseorang). Setelah memilih ikon tersebut, anda akan melihat ikon video. Ikon video yang dipilih akan memaparkan pilihan ‘Create a Room’. Semudah itu, anda sudah boleh menggunakannya.

Untuk pengetahuan anda, ikon panggilan video tersebut akan memindahkan anda ke aplikasi Facebook Messenger. Untuk mengetahui ciri-ciri Messenger Rooms, anda boleh melihat perkongsian kami yang sebelum ini.

Nampaknya, kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk sentiasa kekal berhubung di musim perayaan ini! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9To5Mac

Exit mobile version