Site icon TechNave BM

Papan induk MSI Intel dan AMD kini sokong kapasiti memori sehingga 256GB

MSI telah melancarkan sokongan revolusioner untuk kapasiti memori sehingga 256GB, tersedia pada kedua-dua papan induk (motherboard) MSI Intel dan AMD. Dengan empat DIMM yang membolehkan 256GB dan dua DIMM menyokong 128GB, kemajuan ini meningkatkan keupayaan berbilang tugas dengan ketara dan memastikan operasi pengkomputeran yang lancar.

Platform yang disokong untuk peningkatan kapasiti memori ini termasuk papan induk Intel 700 dan 600 siri DDR5 di mana gamer perlu menaik taraf kepada BIOS khusus untuk prestasi optimum. MSI sedang berusaha keras untuk mengeluarkan kemas kini BIOS dengan ketersediaan bermula pada akhir Februari dan Mac.

Daripada segi sokongan AMD, semua model AM5 kini menampung kapasiti memori yang dipertingkatkan termasuk papan induk X670, B650 dan A620. Kemas kini BIOS khusus untuk papan induk ini dikeluarkan pada Januari 2024, memastikan semua papan induk MSI AM5 dilengkapi untuk mengendalikan kapasiti memori sehingga 256GB.

MSI menggalakkan pengguna untuk kekal dikemas kini dengan mengikuti saluran rasmi dan menyemak halaman produk untuk kemas kini BIOS. Anda boleh kunjungi laman web rasmi MSI Gaming, Facebook dan Instagram untuk ketahui lebih lanjut mengenai kemas kni produk syarikat itu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version