Site icon TechNave BM

Papan kekunci GBoard akan menambah ciri akses pantas bar emoji

Semalam,17 Julai dianggap sebagai Hari Emoji Sedunia dan sempena hari tersebut, papan kekunci Google yang dikenali sebagai GBoard menambahkan ciri akses pantas bar emoji pada papan kekuncinya. Buat masa ini, ciri ini hanyalah ada pada versi Beta untuk aplikasi Android.

Gboard akan menambah barisan emoji pada bahagian atas kekunci dan barisan ini akan menyenaraikan emoji yang paling banyak digunakan oleh pengguna tersebut. Ciri ini adalah penambahbaikan yang bagus kerana emoji bukan lagi perkara yang asing dalam dunia teknologi kini.

Sebelum ini, pengguna perlu tekan ikon emoji sebelum memilih emoji yang mereka ingin gunakan tetapi dengan ciri baru ini, pengguna boleh memasukkan emoji dalam perbualan mereka dengan satu sentuhan sahaja. Ciri ini bakal hadir untuk semua pengguna Gboard Android dan IOS pada masa terdekat.

Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version