Site icon TechNave BM

Paparan ‘Launches holiday 2020’ hilang di laman web Sony, petanda PS5 lambat tiba di Malaysia?

Kita sudah semakin hampir dengan tarikh pelancaran rasmi sepenuhnya Sony PlayStation 5. Namun, mungkin ramai peminat yang mula khuatir jika tarikh ini bakal dianjak ke hadapan. Terkini, sumber mendedahkan bahawa paparan ‘Launches holiday 2020’ telah hilang laman web rasmi Sony PS5 termasuk di Malaysia. Hal ini membawa kepada spekulasi bahawa pelancaran PS5 mungkin akan ditangguh lagi.

Pengguna Reddit papin97 telah mengongsikan hal ini di laman tersebut. Paparan teks yang hilang tersebut terjadi di kebanyakan laman web rasmi PS5 untuk negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Namun, laman rasmi PS5 di Singapura dilihat masih memaparkan tarikh pelancaran PS5.

Kami tidak pasti sama ada teks yang hilang ini adalah kerana sebab-sebab tertentu yang tiada kena mengena dengan penangguhan pelancaran di Malaysia, atau sememangnya petanda pelancarannya ditangguhkan. Apa pun, kita perlu menunggu berita rasmi dari Sony sekiranya ia akan ditangguhkan.

Jika tiada apa-apa berita, ini bermakna Sony akan masih melancarkan PS5 di negara Asia Tenggara termasuk Malaysia pada tarikh yang susah dinyatakan. Terdahulu, Sony mengumumkan bahawa pra-tempahan di negara luar Amerika Syarikat akan bermula pada 19 November.

Adakah anda sedang menanti kemunculan PS5 di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai PS5 termasuk harganya disini.

Sumber: Reddit

Exit mobile version