Site icon TechNave BM

Parkir Perbandaran kini boleh dibayar melalui Touch ‘n Go eWallet

Touch ‘n Go terbukti komited dengan matlamat mereka untuk menyediakan platform digital bagi rakyat Malaysia. Terkini, satu penambahan ciri baru telah dilakukan untuk memudahkan rakyat Malaysia.

Dompet digital Touch ‘n Go eWallet kini membolehkan pengguna untuk membayar parkir majlis perbandaran melalui aplikasi tersebut. Setakat ini, anda kini boleh membayar parkir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Perbandaran Subang jaya dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Terlebih dahulu, pengguna perlu mempunyai akaun Touch ‘n Go eWallet dan jangan lupa untuk menyemak baki dompet digital anda. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman web rasmi Touch ‘n Go eWallet.

Cara membayar parkir perbandaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet

Apa lagi ciri yang perlu dinaik taraf dalam Touch ‘n Go eWallet? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Touch ‘n Go

Exit mobile version