Site icon TechNave BM

Parlimen Eropah sokong pengecasan standard untuk telefon pintar

A new USB-C PD charger cord for an Apple MacBook Pro laptop.

Ahli-ahli Parlimen Eropah telah mengundi secara majoriti untuk mengadaptasi sistem pengecasan yang sama untuk setiap peranti mudah alih, dengan 582 ahli menyokong dan 40 ahli membantah resolusi itu. Mereka juga menggesa Suruhanjaya Eropah untuk menguat kuasa peraturan baru itu bermula bulan Julai dengan harapan agar pembeli tidak perlukan pengecas baru setiap kali mereka membeli peranti baru.

 Resolusi itu juga mengetengahkan penghubung USB Type-C dalam semua telefon dan pengecas wayarles dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran barangan elektronik. Suruhanjaya Eropah perlu memastikan bahawa pengecas wayarles boleh berfungsi dengan semua jenama telefon.

Ini mungkin tiada masalah buat kebanyakan jenama telefon yang sudah pun beralih ke USB Type-C dalam telefon-telefon terbaru. Akan tetapi, Apple akan dipengaruhi dengan berat oleh peraturan baru ini kerana mereka masih menggunakan penghubung Lightning untuk peranti-perantinya. Syarikat itu membantah resolusi oleh Parlimen Eropah, mengatakan ia akan memperlahankan inovasi.

Jika ia diluluskan, ini tentunya akan memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu mempunyai banyak wayar untuk peranti-peranti mereka. Kongsi pendapat anda tentang resolusi ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNave, GSMArena

Exit mobile version