Site icon TechNave BM

Parlimen Malaysia menjadi Dewan Perundangan pertama di dunia yang dikuasakan oleh tenaga solar tahun pada 2024

Parlimen dijangka menggunakan tenaga solar dalam operasinya menjelang Jun tahun depan sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap masa depan yang lebih mampan. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata ini adalah sejajar dengan sasaran kerajaan iaitu sifar pelepasan bersih menjelang 2050.

Dewan Parlimen Malaysia berkemungkinan yang pertama di dunia yang dikendalikan oleh tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun depan. Beliau berharap inisiatif itu dapat menggalakkan jabatan dan agensi kerajaan lain untuk turut serta dalam usaha menggunakan tenaga boleh diperbaharui kerana ia lebih murah dan mesra alam.

Beliau berkata untuk menyamakan kedudukan, ekonomi Asean mesti terus memacu transformasi ekonomi ke arah menjadi rendah karbon dan berdaya tahan iklim supaya ia boleh berkembang maju.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: The Star

Exit mobile version