Site icon TechNave BM

Pas bulanan My50 mula dijual pada 1 Januari 2022, My30 ditutup pada akhir bulan ini

Bagi pengguna pengangkutan awam, pas bulanan My50 akan mula dijual pada 1 Januari 2022 manakala pas bulanan My30 akan ditutup pada 31 Disember dan boleh digunakan sehingga 30 Januari tahun hadapan. Anda boleh menaiki kesemua pengangkutan awam Rapid dengan kos RM50 tanpa had dalam tempoh 30 hari.

Pengangkutan awam yang dimaksudkan termasuk rel ringan, MRT, monorel, bas ekspres (BRT) dan bas pengantara Rapid KL dan MRT. Bagi Pulau Pinang, pas bulanan akan dipanggil “Pas Mutiara My50” dan boleh menaiki perkhidmatan bas Rapid Penang. Buat masa ini, pas bulanan ini tidak tersedia kepada perkhidmatan Rapid Kuantan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengumumkan pas perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan kerajaan di bawah skim Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada Jun tahun lepas dan kini akan digantikan kepada My50 bermula pada 1 Januari 2022.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM115juta untuk menampung kos yang ditanggung Prasarana. Beliau turut berkata pengenalan pas perjalanan My50 itu merupakan bukti kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam keadaan mencabar sekarang selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveCN

Exit mobile version