Site icon TechNave BM

Pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 boleh mula diperbaharui

Terkini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan bahawa pengguna pas perjalanan My100 dan My50 boleh mula memperbaharui pas mereka bermula esok sehingga 31 Mei 2020.

Tarikh pembaharuan ini adalah usaha prihatin Prasarana kepada pengguna yang tidak boleh menggunakan pas perjalanan tanpa had tersebut sejak bermulanya tempoh PKP. Sepintas lalu, pemilik pas perjalanan My100 akan mendapat akses tanpa had untuk semua perkhidmatan yang disediakan oleh Rapid KL untuk tempoh perjalanan selama 30 hari. Pakej My50 berharga hanya RM50 untuk tempoh 30 hari pula membuka penggunaan tanpa had untuk semua perkhidmatan bas Rapid KL sehingga 180 laluan di seluruh Lembah Klang dan Selangor, dan perkhidmatan bas perantara MRT.

Untuk pengguna yang ingin memperbaharu pas mereka atau membeli pas baharu, anda berhak mendapatkan lebihan 15 hari percuma untuk penggunaan pas tanpa had tersebut. Ini menjadikan jumlah hari penggunaan pas adalah 45 hari secara keseluruhan. Berbaloi bukan?

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version