Site icon TechNave BM

Pas Prihatin Yoodo dilancar, dapatkan data bulanan 80GB serendah RM5 sahaja

Syarikat telekomunikasi Yoodo hari ini telah melancarkan Pas Prihatin Yoodo yang menawarkan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 80GB pada harga RM5 sahaja sebulan. Sebelum ini, ia sebenarnya telah diperkenalkan dengan harga RM20 sebulan namun telah dikurangkan bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi waktu sukar ini.

Melalui pakej ini, pelanggan yang layak akan menerima data berkelajuan tinggi bulanan sebanyak 20GB. Di samping itu, mereka juga akan menerima data tambahan 2GB harian percuma yang boleh digunakan dalam tempoh satu jam, mengikut kesesuaian waktu mereka.

Rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan Jaringan Prihatin boleh mendapatkan pakej ini selama 12 bulan sehingga 31 Julai 2022. Layari laman web Yoodo untuk maklumat lanjut.

Pakej ini adalah tawaran terbaru daripada Yoodo selepas mereka mengumumkan promosi RM20 Untuk 20GB semalam, di mana pelanggan hanya perlu membayar RM20 sebulan untuk mendapatkan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 20GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan pakej ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version