Site icon TechNave BM

Pasukan khas polis buru sesiapa yang lolos merentas negeri tanpa kebenaran untuk balik Raya

Memandangkan perayaan Aidilfitri bakal tiba pada minggu hadapan, segelintir rakyat Malaysia yang menyambut perayaan tersebut kelihatan masih cuba untuk merentas negeri tanpa kebenaran. Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan rakyat yang merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurut PDRM, pihaknya mempunyai rekod berkenaan individu yang telah mendapat kebenaran rentas negeri atau tidak. Arahan untuk membuat pemantauan di kawasan perumahan dan kampung seluruh negara telah dikeluarkan kepada pihak polis di semua negeri.

Pemantauan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengesan individu yang melakukan pergerakan merentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri. Tambah Ketua Polis Negara, pergerakan rentas negeri boleh dilakukan, tetapi perlu ada alasan wajar serta mendapat permit polis.

Kami berharap agar anda tidak cuba untuk meloloskan diri merentas negeri hanya untuk beraya di kampung. Ingatlah orang yang tersayang dengan mematuhi peraturan. Apa pun, anda masih boleh menziarah pada hari raya pertama sahaja seperti saranan pihak kerajaan dengan syarat tertentu. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version