Dalam pertandingan e-sukan antarabangsa Honor of Kings Championship 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada hari minggu lalu, pasukan Malaysia, Black Shrew Esport (BSE) muncul sebagai juara selepas menewaskan pasukan-pasukan dari negara lain.
Dalam pusingan akhir, BSE menewaskan pasukan dari Indonesia, Dominator Esports, dengan sangat cemerlang di mana mereka meraih markah 4-0, lantas menjadikan mereka pasukan pertama yang memenangi pertandingan Honor of Kings antarabangsa. Sebagai hadiah, mereka membawa pulang wang tunai berjumlah USD300,000.
BSE merupakan salah satu daripada tiga pasukan yang mewakili Malaysia, iaitu Team Nova dan Team Secret.
Pertandingan Honor of Kings Championship 2024 ini mempunyai realme sebagai salah satu penaja utama, di mana realme 13+ 5G telah dipilih sebagai telefon rasmi untuknya. Kami berpeluang untuk menyaksikan kehebatan BSE di Indonesia sewaktu pusingan akhir dan amat berbangga dengan pencapaian mereka dalam memajukan industri e-sukan negara.
Jika anda berminat dengan realme 13+ 5G, jangan lupa untuk tonton video kami mengenainya:
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 13+ 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

