Site icon TechNave BM

Pasukan Orange Esports dan Makan Cendol layak ke Mobile Legends: Bang Bang Liga Professional MY/SG Musim Ke-5

Pusingan kelayakan Malaysia untuk Mobile Legends: Bang Bang Liga Professional Musim ke-5 (MPL-MY/SG S5) telah menyaksikan lebih daripada 600 pasukan yang berdaftar, namun hanya dua (2) slot bagi Musim Liga dan wang terkumpul berjumlah US$100,000 untuk dimenangi.

Orange Esports dan Makan Cendol telah berjaya menempah tiket mereka ke Musim Liga dan akan berlawan dengan lima (5) pasukan jemputan dari Malaysia dan Singapura iaitu :

Pusingan pertama separuh akhir telah menyaksikan DarkHorse menentang Orange Esports dan kedua-duanya merupakan pasukan baru. Walau bagaimanapun, Orange Esports telah mendapat keyakinan mereka kembali dan memenangi perlawanan ketiga.  

Dalam perlawanan pertama, Makan Cendol berjaya mengalahkan pasukan lawan Honey Juana Clan kerana koordinasi perlawanan dan pengalaman mereka. Dalam perlawanan akhir, Makan Cendol telah bermain secara baik dengan mengumpul gold yang banyak dan experience, memberikan kemenangan kepada mereka.

Pusingan kelayakan Singapura akan datang bakal menentukan tiga (3) lagi pasukan yang akan mara ke Musim Liga MPL-MY/SG. Pusingan kelayakan Singapura akan diadakan pada 15-16 Februari, sementara pusingan separuh akhir dan suku akhir akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Mobile Legends.

Pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara pada musim ke-5 ini? Berikan sokongan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita e-sukan dan teknologi terkini.

Exit mobile version