Site icon TechNave BM

Pasukan wanita DOTA 2 Malaysia menang pingat emas di Commonwealth Esports Championship

Bagi mereka yang gemar bermain game, pasti anda tahu mengenai Commonwealth Esports Championship pada 6 Ogos, Sabtu lepas. Berita yang amat membanggakan apabila pasukan gamer wanita DOTA 2 Malaysia Grills Gaming telah memenangi pingat emas dalam kejohanan ini.

Pasukan wanita ini terdiri daripada Stephanie “Auroraa” Lim Yuen Lii, Nadrah “Nada” Saufi, Wong “HG” Wei Sian, Bette “iStarx” Chia Hooi Ping dan Tan “Shizuma” Lyn Xhin yang bertanding sehingga ke peringkat akhir di Birmingham, UK untuk berdepan dengan pasukan Inggeris.

Menurut tweet @babyolingg pada minggu lepas, Auroraa berkata Grills Gaming telah mengalahkan Singapura, Wales, Australia dan England dalam satu siri perlawanan dalam peringkat kumpulan di mana pasukan Malaysia mengalahkan Singapura 2:0 pada separuh akhir.

Mereka kemudiannya terbang ke Birmingham untuk menentang pasukan tuan rumah, England dengan mata 2:0. Dalam perlawanan pertama, Grills Gaming memberikan skor bunuh 32:18 dalam permainan selama 45 minit.

Semasa perlawanan kedua, mereka mencapai skor bunuh 34:10 dalam permainan selama 33 minit dengan iStarx memperoleh “rampage”, rentak pembunuhan lima wira berturut-turut. Anda boleh menonton permainan di Twitch Global Esport Federation pada masa 8:40:24 minit.

Pasukan wanita ini mempamerkan pencapaian yang menakjubkan dengan kekal tanpa kalah sepanjang kejohanan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version