Site icon TechNave BM

Patah tumbuh, hilang berganti: Microsoft tamatkan sokongan untuk Windows 7, syorkan Windows 10

Bermula 14 Januari 2020, Microsoft dengan rasminya telah menamatkan semua sokongan dan bantuan untuk sistem operasi Windows 7. Dalam laman webnya, Microsoft mencadangkan kepada mereka yang masih menggunakan komputer Windows 7 untuk menaik taraf sistem operasi mereka kepada Windows 10.

Jika komputer anda masih menggunakan Windows 7, ia masih boleh digunakan selepas 14 Januari tetapi anda akan terdedah kepada risiko keselamatan siber. Bermula hari ini, pengguna Windows 7 akan menerima sebuah mesej yang menyatakan sistem operasi tersebut tidak akan dikemas kini lagi dan amat mengesyorkan untuk beralih kepada Windows 10.

Jika anda masih ingin kekal dengan Windows 7, anda boleh berbuat demikian dengan membayar untuk kemas kini lanjutan tetapi harganya akan meningkat setiap tahun. Sebagai contoh, Windows 7 Enterprise akan dicaj sebanyak US$25 untuk satu komputer, tetapi harganya akan meningkat kepada US$50 pada 2021 dan US$100 pada 2022.

Adakah anda mempunyai sebarang kenangan manis sewaktu menggunakan Windows 7? Kongsikannya di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Microsoft, The Verge

Exit mobile version