Site icon TechNave BM

Paten kamera “pop-up” oleh Xiaomi telah diluluskan

Xiaomi telah memfailkan paten baharu untuk modul kamera pop-up (timbul) dalam telefon pintar. Konsep kamera pop-up bukanlah perkara baharu dalam pasaran telefon pintar, namun kamera yang dipatenkan baru-baru ini oleh Xiaomi mempunyai mekanisme operasi yang berbeza.

Mekanisme baharu ini membolehkan paparan skrin penuh peranti digunakan dengan betul tanpa sebarang risiko. Xiaomi baru-baru ini memperoleh kelulusan untuk paten baharu yang diluluskan oleh badan kerajaan China dengan nombor model CN217883600U. Ia telah disenaraikan sebagai untuk paten mekanisme mudah alih kamera dan peralatan elektrik.

Menurut paten yang didedahkan, dapat dilihat kedudukan komponen yang menggambarkan pergerakan mekanisme kamera pop-up tersebut seperti di atas. Mekanisme kamera pop-up tidak akan mengganggu prestasi skrin. Pembinaan kamera mekanikal begini juga adalah mudah, tahan dan dan kos yang murah.

Xiaomi telah merangka kamera mekanisme ini dengan baik kerana saiznya yang nipis tanpa mengganggu perkakasan yang lain. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version