Dalam membanteras jenayah dan meningkatkan profesionalisme dalam tugas, Polis Malaysia bakal menerima 7,000 unit kamera badan pada fasa pertama seawal tahun hadapan. Perolehan tender sedang dijalankan dengan menyemak dan menilai 129 syarikat mengikut tatakelola sewajarnya.
PDRM dijangka menerima kamera badan selepas 9 bulan daripada surat setuju diterima oleh syarikat yang terpilih. Pemilihan kamera badan juga perlulah bergantung pada spesifikasi yang ditetapkan bagi membantu anggota Polis terutama Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Sebanyak RM 30 juta telah diluluskan kerajaan bagi menampung pemakaian kamera badan pada anggota Polis termasuk sistem, peralatan sokongan dan latihan untuk penggunaan kamera badan. Untuk pengetahuan, kamera badan telah digunakan di beberapa negara bagi tujuan mendapatkan bukti sekiranya berlaku sesuatu kes secara langsung.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: FMT

