Site icon TechNave BM

PDRM hapuskan mesin bitcoin bernilai RM5.3 juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri, Sarawak telah menghapuskan sebanyak 1,069 mesin bitcoin bernilai RM5.3 juta yang telah dirampas sepanjang tempoh Februari hingga April. Rampasan tersebut telah dilakukan dalam daerah tersebut bersama Sarawak Energy Berhad (SEB).

Enam suspek telah didenda bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dengan denda RM8,000 serta penjara hingga lapan bulan kerana mencuri bekalan elektrik bagi menjana mesin-mesin tersebut. Kecurian elektrik itu menyebabkan SEB mengalami kerugian bernilai RM8.4 juta sepanjang tempoh tiga bulan itu.

PDRM miri menasihati rakyat agar tidak melakukan sebarang penyambungan wayar secara haram kerana ia boleh membahayakan nyawa dan harta benda. Sebelum ini, aktiviti lombongan bitcoin secara haram telah menyebabkan tiga buah rumah terbakar sepanjang 2021 setakat ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Dayak Daily

Exit mobile version