Site icon TechNave BM

PDRM lancarkan sistem e-Reporting, bolehkan Rakyat Malaysia buat laporan polis dalam talian

Salah satu perkara yang paling melecehkan apabila kehilangan dokumen peribadi yang harus dilaporkan kepada pihak polis. Prosedur biasa adalah anda perlu ke balai polis dan pergi ke kaunter untuk membuat laporan kejadian.

Menurut laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya, PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menyediakan laman web untuk membantu rakyat Malaysia membuat laporan polis. Dalam siaran mereka, mereka telah menyebut bahawa laman web yang baru disediakan boleh digunakan oleh orang ramai untuk laporan tertentu yang tidak memerlukan sebarang siasatan lanjut.

Sistem e-Reporting ini boleh diakses oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar. Laporan tertentu yang dimaksudkan adalah:

Ini adalah satu inisiatif dalam membantu mempercepatkan proses yang panjang apabila melibatkan kehilangan barang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: World Of Buzz

Exit mobile version