Site icon TechNave BM

PDRM minta rakyat berwaspada dengan SMS palsu melibatkan wang yang dikredit ke dalam e-dompet

Menurut laman Facebook rasmi Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, mereka menasihatkan rakyat supaya berwaspada dengan mesej SMS palsu yang memaklumkan bahawa wang telah dikreditkan kepada akaun e-dompet Touch ‘n Go eWallet. Dalam mesej tersebut, terdapat sebuah pautan (link) yang kononnya akan membawa anda ke akaun e-dompet anda.

Pautan itu sebenarnya adalah laman web palsu bagi mencuri maklumat peribadi dengan taktik phishing. Ini adalah taktik terbaru oleh scammer bagi mendapatkan maklumat sensitif seperti nombor telefon dan nombor pin akaun e-dompet.

Bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa scammer dalam talian, berikut adalah beberapa panduan umum yang anda boleh ikuti:

Dalam pada itu, aplikasi kesihatan MySejahtera juga mengingatkan kepada para pengguna bahawa mereka tidak pernah menghantar sebarang pesanan berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai.

Kami berharap para pembaca akan terus peka terhadap taktik licik oleh scammer dalam talian. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version