Site icon TechNave BM

Pecah tabung anda, Epic Games Summer Sale kini bermula: Diskaun sehingga 75%

Berita ini sekadar untuk memberi peringatan kepada anda bahawa jualan Epic Games Summer Sale kini telah bermula. Jualan ini bermula dari 23 Julai 2020 sehingga 6 Ogos 2020.

Untuk pengetahuan anda, jualan ini menghimpunkan pelbagai game yang mungkin turut menyenaraikan game kegemaran anda dengan diskaun sehingga 75%. Lebih menarik, anda boleh mendapatkan game popular seperti Assassin’s Creed Odyssey dan Red Dead Redemption 2 dengan harga lebih jimat!

Antara game dalam jualan Epic Games Summer Sale

Masihkah anda ingat pada tawaran Epic Mega Sale pada Mei lalu? Jika anda ada melakukan pembelian ketika itu, anda layak mendapat kupon tambahan sebanyak $10 (~RM43) yang bakal diaplikasikan secara automatik pada pembelian terkini melebihi $14.99 (kupon sah sehingga 1 November 2020).

Anda boleh ke pautan Epic Games Store untuk berbelanja. Apakah game yang anda rancang untuk ‘sambar’? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version