Site icon TechNave BM

Pegatron Shanghai dan Kunshan di arah tutup kerana Covid-19, pengeluaran iphone terhenti

Menurut beberapa laporan, Pegatron megatakan pemasangan perkakasan Apple di Shanghai dan bandar berdekatan Kunshan dihentikan akibat pencegahan Covid-19 yang ketat.

Pihak berkuasa Shanghai mengenakan langkah ketat (tinggal di rumah) kerana wabak Covid yang paling teruk sejak fasa awal pada awal 2020. Penutupan kerajaan yang bermula pada akhir Mac telah mengancam rantaian bekalan global.

Pegatron membuat kira-kira 20 hingga 30 peratus barangan iPhone. Bloomberg melaporkan kerajaan China membenarkan beberapa pengeluar meneruskan operasi melalui sistem gelung tertutup (closed-loop) untuk mengurangkan jangkitan.

Pada bulan lalu, Foxconn yang merupakan antara pengeluar utama iPhone telah menggantung operasi penuh dan kini, mereka menyambung semula operasi seperti biasa. Ia akan menyesuaikan barisan pengeluarannya ke lokasi lain untuk meminimumkan isu jangkitan. 

Hampir 50% iPhone dihasilkan di sebuah kilang di Henan tetapi satu-satunya pembuatan iPhone yang aktif Pegatron adalah di Shanghai dan Kunshan. Kilang pemasangan iPhone baharunya di India masih belum mula beroperasi.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: CNBC

Exit mobile version