Site icon TechNave BM

Pek bateri Apple MagSafe diumum di Malaysia, berharga RM479

Laman web Apple Malaysia hari ini telah menyenaraikan aksesori terbaru iaitu pek bateri MagSafe Battery Pack yang dijual pada harga RM479. Bateri mudah alih ini boleh digunakan dengan siri iPhone 12 dan peranti yang menyokong pengecasan wayarles MagSafe namun tarikh keberadaannya di Malaysia masih belum diketahui.

Apple tidak menjelaskan kapasiti bateri tersebut, namun ia mencadangkan pengecas USB-C berkadar 20W untuk mengecasnya menggunakan kabel USB-C ke Lightning. Ia boleh dicas dengan lebih pantas dengan kadar 27W manakala kadar minimum pula adalah 15W.

Perlu diingati juga bahawa pengecas dan kabel tidak disertakan bersama MagSafe Battery Pack. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version