Site icon TechNave BM

Pek bateri Apple MagSafe kini boleh cas iPhone anda dengan lebih pantas

Apple telah melancarkan kemas kini firmware versi 2.7 untuk pek bateri luaran MagSafe Battery Pack, di mana ia kini boleh mengecas telefon pintar iPhone pada kadar yang lebih pantas. Dengan kemas kini ini, kadar pengecasannya telah ditingkatkan daripada 5W kepada 7.5W.

Apple mengatakan kemas kini itu akan dimulakan secara automatik sebaik sahaja ia disematkan kepada sebuah iPhone. Kemas kini itu boleh mengambil masa sehingga seminggu namun jika itu terlalu lama, anda boleh hubungkan bateri itu dengan Mac atau iPad menggunakan kabel USB-Lighting, kemudian kemas kini itu akan dimuat turun sepantas lima minit sahaja.

Pek bateri MagSafe boleh digunakan bersama iPhone 12 dan iPhone 13. Beritahu kami di Facebook jika kemas kini ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Support

Exit mobile version