Seorang pekebun berusia 36 tahun di Pahang telah mengalami kerugian sebanyak RM117,289 selepas beliau ditipu oleh pelan pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud, melalui aplikasi pemesejan Telegram.
Mangsa telah terpengaruh dengan sebuah pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum mendaftar dalam sistem yang diiklankan dalam Telegram. Pada mulanya, beliau melabur RM110 dan kemudian terus menerima pulangan berjumlah RM145.
Selepas pelaburan pertama itu, beliau melaksanakan 27 transaksi ke dalam 20 akaun berbeza kerana percaya dengan pulangan yang kononnya tinggi daripada skim pelaburan tersebut. Tiga hari kemudian, duit beliau telah habis sepenuhnya.
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang individu yang tidak dikenali dan elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, seperti pelaburan yang mendatangkan pulangan segera.
Kami berharap para pembaca akan terus berwaspada dengan pelbagai taktik scammer pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

