Site icon TechNave BM

Pekerja Microsoft tidak sengaja dedahkan ciri Tab pada aplikasi Notepad dalam Windows 11

Seorang pengurus produk di Microsoft mungkin secara tidak sengaja mendedahkan ciri baharu pada aplikasi Notepad Windows 11 di Twitter. Tweet tersebut telah dipadamkan, tetapi seperti biasa terdapat beberapa pengguna berjaya mengambil perhatian terhadap siaran itu.

Tweet itu menyatakan “Notepad dalam Windows 11 kini mempunyai tab!” dengan tangkapan skrin ciri tab yang serupa fungsinya pada File Explorer. Nampaknya, ciri itu masih diuji kerana terdapat amaran yang mengatakan, “Sulit Jangan bincangkan ciri atau ambil tangkapan skrin”. 

Sehingga kini, Microsoft masih belum sebarang ciri rasmi mengenai tab tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Windows Central

Exit mobile version