Site icon TechNave BM

Pelajar berumur 18-20 tahun boleh terima RM150 dengan ePemula bermula 11 April 2022

Dalam Belanjawan 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM300 juta bagi melaksanakan program bantuan ePemula, di mana golongan pelajar berumur 18 sehingga 20 tahun di seluruh negara layak menerima kredit e-tunai bernilai RM150.

Permohonan untuk ePemula akan dibuka pada hari Isnin, 11 April 2022 (esok) dan ia boleh dikreditkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Setiap penyedia perkhidmatan ini akan menawarkan insentif tambahan tersendiri dalam bentuk pulangan tunai (cashback), baucar, mata ganjaran dan banyak lagi.

Pendaftaran akan dibuka sehingga hari Rabu, 1 Jun 2022. Kredit ePemula serta manfaat daripada penyedia perkhidmatan e-tunai boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Pemohon ePemula perlulah memenuhi dua syarat berikut:

Anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan bagi maklumat lanjut tentang ePemula. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memohon kredit ePemula dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version