Site icon TechNave BM

Pelajar di Baling, Kedah terpaksa panjat pokok untuk dapatkan hubungan internet

Beberapa orang pelajar di kawasan luar bandar di Baling, Kedah terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan hubungan internet yang kukuh dan mengikuti kelas-kelas mereka. Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Saiful Izwan, mengatakan beliau terpaksa memasang penghala (router) internet di atas pokok bagi mendapatkan internet yang lebih lancar.

Walau bagaimanapun, internet beliau hanya mempunyai kelajuan tinggi pada waktu pagi, kemudian menjadi perlahan menjelang waktu tengah hari dan malam. Rakannya, Mohd Faizul, pula terpaksa menggantung penghala pada bumbung rumah keluarganya untuk mendapatkan internet laju. Mereka mengatakan cara untuk melengkapkan tugasan video juga mengambil masa yang lama, sehingga tiga ke empat jam untuk menghantar tugasan tersebut.

Saiful Izwan memanjat pokok untuk memasang penghala (router) internet. Gambar daripada Berita Harian

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengatakan beliau telah pun mengutarakan isu ini kepada kementerian yang terbabit. Beliau mengaku bahawa pelajar di kawasan beliau terpaksa melakukan pelbagai langkah sukar demi mendapatkan hubungan internet, seperti memanjat pokok serta membeli wayar dan batang paip.

Kami berharap isu ini akan segera diselesaikan oleh pihak berkuasa demi membantu pelajar untuk terus menimba ilmu dalam waktu PKPB. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version