Site icon TechNave BM

Pelajar, pensyarah IPTA boleh buat pembelajaran secara dalam talian sempena Deepavali

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa sempena sambutan Hari Deepavali yang akan jatuh pada hari Isnin, 20 Oktober 2025, para pelajar dan pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang beragama Hindu akan diberi kemudahan untuk melakukan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid.

Kemudahan ini akan diberikan kepada para pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta berkuat kuasa bermula hari Khamis, 16 Oktober 2025 hingga hari Jumaat, 24 Oktober 2025.

Kemudahan ini diambil untuk memudahkan para pelajar beragama Hindu menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga bertujuan menunjukkan semangat keterangkuman dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda merupakan pelajar IPTA yang akan menggunakan kemudahan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version