Site icon TechNave BM

Pelajar kejuruteraan hasilkan iPhone dengan port USB-C

Suruhanjaya Eropah telah meminta Apple untuk menggunakan port USB-C dalam produknya. Tetapi, Apple menolak permintaan tersebut dan masih menggunakan port Lightning. Baru-baru ini, seorang pelajar kejuruteraan telah mengubah sebuah peranti Apple iPhone X dengan port-nya menggunakan USB-C.

Ken Pillonel pada mulanya membuat prototaip yang membolehkan bateri iPhone dicas melalui port USB-C. Walau bagaimanapun, konsepnya nampak tidak sesuai untuk iPhone kerana port pengecasan yang kecil.

Dia memutuskan untuk mengubah semula wayar dan meletakkan port USB-C padanya. Dia juga menyusun semula penyambung C94 khas Apple dengan menggunakan papan litar yang direka bentuk sendiri yang sesuai dengan iPhone. Akhirnya, dia dapat mengecas dan memindahkan data iPhone X melalui port yang telah diubah suai.

Ini menunjukkan bukti bahawa iPhone sememangnya boleh menggunakan port USB-C. Pillonel merupakan graduan pasca siswazah dalam jurusan robotik di Institut Teknologi Persekutuan Swiss.

Dia telah mencipta pelekap kereta untuk Galaxy Fold Samsung dan mengeluarkan mod cetak 3D untuk membolehkan Pengecas Kereta Tanpa Wayar Xiaomi Mi berfungsi dengan Galaxy Fold. Dia juga memiliki sejarah prestasi yang baik dalam bidang mengubah suai alat teknologi secara kreatif.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version