Site icon TechNave BM

Pelajar Malaysia cipta aplikasi pertanian, menang naib juara di Young Founders Summit 2019

Lima pelajar sekolah menengah dari MRSM Bentong telah mengharumkan nama negara selepas memenangi tempat kedua dalam pertandingan Young Founders Summit 2019 (YSF2019).

Lima pelajar tersebut yang menganggotai pasukan Team AGRY telah mencipta sebuah aplikasi yang membantu para petani untuk memanfaatkan perkhidmatan rangkaian internet dan menghubungkan mereka dengan golongan profesional.

Ahli pasukan Team AGRY dari MRSM Bentong. (Dari kiri) Qamarul Zaim Abdul Hafiz, Nazrin Harris Norazhar, Intan Farhana Rosman, Ahmad Muqry Hasni dan Ahmad Danish Ikhwan Zairul Akhbar.

Selain itu, aplikasi itu juga menggunakan sistem Health ID dan pembelajaran mesin (machine learning) untuk membantu petani mengenal pasti penyakit-penyakit dalam tanaman mereka. Yang lebih hebat lagi, Team AGRY berjaya membina semua ini tanpa sebarang panduan daripada seorang mentor.

Berikutan pencapaian hebat ini, Team AGRY bukan sahaja memenangi US$2,000 malah akan mendapat tunjuk ajar daripada platform Founders Bootcamp di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk mengkomersialkan aplikasi mereka.

Tahniah kepada Team AGRY dan lain-lain pasukan negara yang membawa idea mereka ke pertandingan antarabangsa ini. Kongsikan ucapan tahniah anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi tempatan terkini.

Sumber: Digital News Asia

Exit mobile version