Site icon TechNave BM

Pelajar MRSM Malaysia menang pingat emas di International Robotic Competition (IRO)

Sepintas lalu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah platform pelbagai kemahiran untuk penggiat teknologi dan kemahiran. Terkini, empat orang pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah memenangi dua pingat emas dalam sebuah pertandingan robotik.

International Robot Olympiad (IRO) telah berlangsung pada 15 Disember hingga 20 Disember yang lepas disertai lebih daripada 800 orang pelajar dari pelbagai negara seperti Korea Selatan, China, Singapura, Filipina, New Zealand, Egypt, Indonesia dan Thailand. Menurut Bernama, MARA menyatakan bahawa pelajar MRSM Bentong, Ahmad Muqri Hasni dan Nur Ain Balqis Mohd Razuan memenangi pingat dalam kategori ‘Creative Category Challenge’ dengan tema ‘Robot: Agricultural Revolution’.

Menurut Bernama lagi, Ziyad Azhar dan Hana Humaira Wan Hasnan yang merupakan pelajar MRSM Kota Putra turut memenangi pingat emas dalam kategori ‘Robot in Movie Challenge’ menerusi video bertema revolusi pertanian. Pertandingan ini melibatkan kemahiran dalam reka cipta, pembangunan kerja multimedia dan pelbagai kemahiran teknologi lain yang semakin giat diceburi oleh anak muda zaman kini.

Kemenangan ini menjadi bukti pelajar Malaysia mampu maju ke peringkat global yang seterusnya. Teknologi apa yang anda ingin wujudkan di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version