Site icon TechNave BM

Pelakon Aedy Ashraf hentakkan HONOR X9b 5G pada papan semasa sesi ramah mesra

Watak Aedy Ashraf dalam filem aksi War on Terror: KL Anarki memiliki sifat tahan lasak yang serupa dengan HONOR X9b 5G. Dalam sesi ramah mesra sempena pelancaran HONOR X9b 5G di kedai HONOR, peminat berpeluang berinteraksi dengan Aedy sambil menguji ketahanan telefon tersebut.

Aedy melakukan demonstrasi menghentak telefon pada lapisan papan untuk membuktikan kekuatannya. Untuk pengetahuan anda, telefon ini diberikan pensijilan lima bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut oleh SGS, menonjolkan kebolehpercayaannya dalam ketahanan.

Telefon ini dikuasai oleh cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, menjadikannya telefon kelas pertengahan pertama di pasaran Malaysia dengan keupayaan tahan lasak. Dengan bateri 5,800mAh, HONOR X9b 5G menawarkan jangka hayat bateri yang lama, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk penggunaan sepanjang hari.

Anda mempunyai tiga pilihan warna iaitu Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black pada harga RM1,499 termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM759. Dalam pada itu, Filem War on Terror: KL Anarki bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan pada 23 November 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9b 5G dan produk HONOR yang lain, anda boleh layari laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version