Hari ini, Google mengumumkan pelancaran pelan Google AI Plus di Malaysia, satu inisiatif baharu yang direka untuk memperkasa pengguna dengan akses lebih meluas kepada alat kecerdasan buatan (AI) pada harga mampu milik.
Melalui pelan ini, pengguna dapat menikmati had lebih tinggi untuk penjanaan dan penyuntingan imej dalam aplikasi Gemini dan akses kepada Gemini 2.5 Pro bagi tugasan yang lebih kompleks. Mereka juga boleh menggunakan Veo 3 Fast, model AI penjana video Google dalam aplikasi Gemini, Whisk dan Flow. Selain itu, pelan ini turut menawarkan integrasi Gemini dalam Gmail, Docs, Sheets dan aplikasi lain serta 200 GB storan tambahan merangkumi Photos, Drive dan Gmail.
Dengan Google AI Plus, pengguna di Malaysia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka menggunakan alat AI terkini untuk kerja, pembelajaran dan kehidupan seharian. Ia membolehkan penyelidik dan profesional mengekstrak maklumat dengan lebih cepat, mencipta kandungan visual serta menjana video dan imej berkualiti tinggi.
Tambahan pula, semua kelebihan ini boleh dikongsi dengan sehingga lima ahli keluarga lain, menjadikan pengalaman Google lebih bersepadu dan bernilai. Ditawarkan pada harga RM23.99 sebulan dengan diskaun 50% untuk enam bulan pertama. Pelan ini kini tersedia selepas kejayaan pelancarannya di pasaran lain seperti Indonesia, Pakistan, Filipina dan Vietnam.
Anda boleh akses ke laman web rasminya di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

