Site icon TechNave BM

Pelan Google One kini tawarkan langganan YouTube Premium dengan diskaun sehingga 14%

YouTube baru-baru ini mengumumkan beberapa ciri menarik khusus untuk pelanggan Premium. Antara yang paling menonjol ialah ciri “Jump Ahead” yang membolehkan pengguna melangkau iklan dalam video atau terus ke bahagian yang menarik perhatian mereka.

Selain itu, pelanggan Premium kini boleh menikmati penstriman audio dengan kualiti lebih tinggi pada kadar sehingga 256kbps. YouTube turut menawarkan diskaun langganan kepada mereka yang melanggan perkhidmatan lain daripada Google.

Sebagai contoh, jika anda melanggan pelan premium Google One 2TB dengan harga RM42.90, anda layak untuk menikmati diskaun 14% bagi pelan individu YouTube Premium. Ini bermakna harga langganan YouTube Premium hanya RM17.97 sebulan berbanding harga asal RM20.90 di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tawaran ini buat masa ini hanya tersedia di Amerika Syarikat. YouTube merancang untuk meluaskannya ke pasaran lain secara berperingkat dan diharapkan ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Untuk pelanggan Premium yang ingin mencuba ciri baharu ini, layari youtube.com/new untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: YouTube

Exit mobile version