Site icon TechNave BM

Pelan internet dan panggilan tanpa had Celcom Xpax hanya serendah RM12

Selepas Maxis, Celcom kini telah mengumumkan pelan prabayar Celcom Xpax terbaru dengan penawaran menarik serendah harga RM12 untuk 7 hari. Penawaran baru ini selari dengan keperluan pengguna di Malaysia yang kini lebih banyak menggunakan internet berbanding dahulu.

Semua pelanggan pelan prabayar Celcom Xpax boleh melanggan mana-mana penawaran pas internet melalui aplikasi Celcom Life. Pas internet dan panggilan tanpa had serendah RM12 adalah pas mingguan yang boleh digunakan 7 hari. Untuk lebih jimat, terdapat penawaran pas bulanan serendah RM35 yang boleh digunakan selama 30 hari.

Untuk pengetahuan anda, terdapat ciri baharu iaitu pembaharuan pas mingguan atau bulanan secara automatik. Jika anda menginginkan kelajuan internet yang lebih pantas (3Mbps), anda boleh melanggan Ultra Hous Pass daripada Celcom Xpax.

Pas Internet Tanpa Had prabayar Celcom Xpax yang terbaru ini kini tersedia bagi semua pelanggan prabayar Celcom yang baru dan sedia ada. Untuk melanggan, log masuk ke aplikasi Celcom Life atau dengan mendail kod USSD *118*2#. Sebagai peringatan, Celcom masih mengemas kini terma dan syarat untuk pelan ini, jadi anda dinasihatkan meneliti dahulu segala terma mengenai pelan tanpa had ini.

Sumber: Twitter Celcom

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Celcom. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version