Site icon TechNave BM

Pelan langganan dengan sokongan-iklan Netflix akan dihadkan kepada resolusi 480p

Sebelum ini, kami dilaporkan bahawa Netflix akan menyekat pengguna daripada memuat turun filem dan rancangan untuk tontonan luar talian. Kini, terdapat laporan mengatakan pelan asas Netflix baharu akan mengehadkan resolusi penstriman kepada 480p.

Menurut IT Home, pelan sokongan-iklan hanya akan membenarkan pengguna menstrim dalam definisi standard (SD) untuk membezakan pelan peringkat lebih tinggi dan tanpa iklan. Langkah ini tidak terlalu mengejutkan kerana pelan Netflix peringkat terendah semasa di Malaysia mempunyai had yang sama.

Untuk pengetahuan anda, Netflix telah menawarkan pelan mudah alih yang disebutkan di Malaysia sejak akhir 2019 pada harga RM17 sebulan. Pelan itu hanya tersedia untuk tontonan pada telefon pintar dan tablet sahaja.

Kualiti SD pasti kelihatan baik pada telefon pintar walaupun kebanyakan peranti moden menampilkan paparan resolusi yang tinggi. Apakah pendapat anda mengenai berita ini? Komen di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version