Site icon TechNave BM

Pelan pascabayar Celcom MEGA dapat naik taraf kuota internet secara percuma

Celcom telah mengemas kini pelan pascabayar MEGA mereka semalam, di mana para pelanggan pelan tersebut akan memperoleh tambahan kuota data internet mereka. Menurut syarikat tersebut, naik taraf ini layak diperoleh oleh semua pelanggan pelan pascabayar MEGA termasuklah Celcom Mobile dan Celcom FIRST.

Menurut jadual naik taraf yang diberikan, pelan Family Line mendapat peningkatan yang tertinggi iaitu sebanyak dua kali ganda kuota berbanding sebelum ini atau 15GB kepada 30GB. Ini tentunya amat berguna untuk ahli keluarga berkongsi sebuah pelan dengan mudah.

Manakala untuk pelan lain pula, terdapat peningkatan sebanyak 10GB hingga 20GB. Selain itu, Lightning XL dn L Pass mendapat peningkatan 10GB lagi dengan harga yang sama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web FAQ di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

Exit mobile version