Site icon TechNave BM

Pelan pascabayar Digi, Celcom dan Maxis untuk HONOR Magic5 serendah RM41/bulan

Kini anda boleh memiliki HONOR Magic5 dengan pilihan pelan pascabayar daripada Digi, Celcom atau Maxis. Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan diberi jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari. Baca di bawah untuk tahu pelan pascabayar telko yang menawarkan HONOR Magic5.

Maxis menawarkan HONOR Magic5 pada hanya RM 78/bulan dengan Maxis Zerolution di bawah Maxis Postpaid Plan. Anda boleh klik di sini untuk tahu lebih lanjut mengenai pelan ini. Untuk pelanggan Digi, HONOR Magic5 boleh dimiliki menerusi PhoneFreedom 365 pada harga serendah RM 41/bulan. Layari laman web Digi untuk tahu mengenai pelan ini. 

Sementara itu, pelanggan Celcom boleh membawa pulang HONOR Magic5 pada harga RM 1,299 dengan Celcom MEGA Postpaid. Maklumat lanjut mengenai pelan Celcom Postpaid untuk HONOR Magic5 boleh dilihat di laman web rasmi Celcom.

HONOR Magic5 5G dan HONOR Magic5 Pro 5G. Kedua-dua telefon ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 untuk prestasi yang pantas dalam semua jenis kegunaan termasuklah gaming. Magic5 Pro mempunyai skrin yang lebih canggih dan besar iaitu OLED 6.81 inci manakala Magic5 mempunyai skrin 6.73 inci sahaja. Kedua-duanya mempunyai fungsi LTPO dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Lawati lana web rasmi HONOR untuk ketahui siri HONOR Magic dan tawarannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version