Site icon TechNave BM

Pelan Pascabayar Yes Power 35 5G diumum, data 100GB + hostpot berharga RM35/bulan

Yes 5G secara rasmi mengumumkan pelan Pascabayar 5G tanpa had pertama mereka dengan pelan Yes Power 35. Pakej ini berharga RM35 sebulan untuk 100GB data dan perkara yang menonjol untuk pelan ini ialah data yang diberikan boleh digunakan untuk hotspot.

Ia juga mempunyai panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia. Untuk penggunaan hotspot, pelan ini berkongsi kuota yang sama dengan 100GB data yang tersedia. Sebagai perbandingan, Yes Infinite Basic yang berharga RM58/bulan menawarkan panggilan tanpa had dan data tanpa had untuk 4G dan 5G tetapi kuota hotspot dihadkan kepada 20GB sahaja.

Menurut terma dan syarat, kelajuan anda akan dikurangkan kepada 256kbps sebaik sahaja anda telah menggunakan kuota 100GB sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, anda boleh layari laman rasmi Yes Malaysia.

Apa pendapat anda tentang pelan Yes Power 35 ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version