Site icon TechNave BM

Pelan Pendidikan Apple tawarkan AirPods percuma

Baru-baru ini, Apple Malaysia telah melancarkan Pelan Pendidikan yang menawarkan AirPods secara percuma dengan pembelian Mac dan iPad. Walau bagaimanapun, iPad 9, iPad 10, iPad mini dan Mac mini terkecuali daripada tawaran ini. Seterusnya, anda juga ditawarkan diskaun 20% bagi pembelian pelan Apple Care Protection.

Sekiranya anda tidak berminat dengan AirPods 2, anda boleh naik taraf peranti tersebut kepada AirPods Pro 2 atau AirPods 3 dengan diskaun sebanyak RM629. Sebagai contoh, jika harga AirPods Pro 2 adalah RM1,099, anda hanya perlu menambah RM470 selepas menolak diskaun RM629.

Promosi ini sah mulai 2 Februari hingga 13 Mac 2023. Jika anda bekerja dalam ekosistem pendidikan atau pelajar, anda layak untuk untuk memohon Pelan Pendidikan pada laman rasmi Apple. Untuk pengetahuan, anda perlu membuat akaun UNiDAYS sebelum boleh memohon.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Pelan Pendidikan Apple ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version