Site icon TechNave BM

Penjualan Acer Spin 3 di Malaysia: Komputer riba dengan engsel 360° dan ‘stylus’ bermula RM2,799

Selepas mengumumkan pada Februari lalu, Acer Malaysia hari ini telah mula menjualkan Acer Spin 3, sebuah komputer riba khas dilengkapi engsel yang boleh dipusingkan 360 darjah untuk memudahkan pengguna membuat catatan atau lakaran pada skrin berukuran 14 inci dengan menggunakan Acer Active Stylus.

Ia dikuasai oleh pemproses Intel Core generasi ke-10 dengan Intel Iris Plus Graphics untuk penggunaan multimedia yang lebih pantas. Ia juga tidaklah terlalu besar, dengan berat 1.5kg dan ketebalan 16.9mm.

Acer Spin 3 dijual bermula 13 Mei dalam dua varian harga yang berbeza pada RAM dan pemproses, iaitu:

Jika anda merancang untuk membelinya, Acer Malaysia sedang menganjurkan promosi daripada 13-15 Mei. 50 pelanggan pertama akan mendapat hadiah bernilai RM1,000, termasuk jaminan Acer Supercare 2 (bernilai RM339) yang menawarkan perlindungan sehingga 3 tahun terhadap kerosakan tidak sengaja dan kecurian, serta lain-lain hadiah.

Selain itu, Acer Swift 3 juga mula dijual dalam pasaran Malaysia. Dengan pilihan warna perak, biru dan merah jambu, ia dijual pada harga RM3,099 untuk varian Intel Core i5 dan RM4,299 untuk varian Intel Core i7.

Jika anda lebih cenderung pada AMD, anda juga boleh dapatkan varian pemproses Ryzen 4000 dengan RAM 8GB dan SSD pada harga RM2,599 serta datang dalam warna perak dan ungu. Selain itu, 100 pelanggan pertama akan mendapat tambahan nilai RM100 dalam akaun Touch ‘n Go eWallet.

Produk-produk Acer ini boleh dibeli di laman web atau Shopee rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan komputer riba unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version